Loading...
Gadget by The Blog Doctor.

Khamis, 16 April 2015

TIPS BAJET HANTARAN TUNANG @ PERKAHWINAN UNTUK PIHAK PEREMPUAN @ LELAKI

Wannie Ariffin : TIPS BAJET HANTARAN TUNANG UNTUK PIHAK PEREMPUAN 2...:


Hari ini Alhamdulillah dapat sedikit masa terluang untuk aku berkongsi cerita tentang tips-tips bajet untuk pertunangan aku pada 3 bulan yang lepas. Amacam dengan tips yang aku berikan untuk korang semua agak2 dapat membantu tak dalam memberikan idea yang bernas. Harap-harap idea yang serba sedikit ini dapat membantu untuk majlis bahagia bride to be sekalian. So, entry kali ini aku ingin bercerita tentang hantaran tunang untuk pihak perempuan pulak.
Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Tapi sekadar adat je pun tak perlulah nak ikut sangat pun, cukup lah sekadar ikut kemampuan masing-masing ye.

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran. Tapi mak aku memang sempoi alaa tunang je pun cukup lah sekadar satu cincin je sebagai pengikat ikatan pertunangan + merisik. haaa kan dah dapat perjimatan dekat sini. Jangan terlalu berpegang dengan adat sebab kita kan rugi tapi berlandaskan lah agama Insyaallah banyak yang kita akan dapat cut cost dari situ. hihi

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon MP3 Clips


JavaScript Free Code