Loading...
Gadget by The Blog Doctor.

Ahad, 9 Ogos 2015

Handbag dari Zalora.com.my

Azwar Syuhada: Handbag dari Zalora.com.my

Ingat lagi tak entri mengenai Accessories Menarik di Zalora? Awal bulan Jun haritu, Azwar ada dapat baucer RM100 dari pihak Zalora. Sape tak suka dapat baucer kan? Punya excited dapat baucer, depa suruh pilih mana yang berkenan di hati. Azwar tengok, semua barang dekat Zalora ni menarik sangat, sampai rambang mata. Almaklumlah, shopping online ni jarang buat, selalu kalau online pun beli tudung sahaja. Bila diberi peluang, suruh membuat pilihan sampai tak reti nak memilih Jadi, pilih punya pilih handbag Rip Curl (bernilai RM99.00) menjadi pilihanku.

Kebetulan pula, masa Azwar order barang tersebut Azwar pergi bercuti ke Cameron Highland. Esoknya, pihak Zalora dah maklumkan bahawa, barang tersebut telah dihantar. Azwar kira-kira bila balik dari Cameron Highland, barang dari Zalora dah sampailah ke rumah. Rupa-rupanya bila balik dari bercuti barang dari Zalora masih belum kunjung tiba. Hati ni, masih bersabar jadi tunggu dalam dua hari lagi. Selepas hampir dua hari menunggu barang, ianya masih tak sampai-sampai lagi. Jadi, Azwar check tracking number dekat laman web Gdex. Bila check, dah hampir seminggu masih dalam pencarian. Bila call, dia kata mungkin pihak Gdex tak tahu jalan ke rumah. Masalah, kalau tak tahu, kenapa tak call kan? Esoknya, Azwar call sekali lagi, baru nak ambil tindakan. Kira-kira pukul 8.00 malam baru barang dari Zalora sampai. Azwar ingat, isu ini terjadi pada Azwar sorang sahaja. Bila buka page Gdex dekat Facebook, perghhh.. banyak gila orang mengamuk dekat Gdex.

Kesimpulannya, bagi yang kerja dalam menghantar barang orang. Seelok-eloknya, hantarlah pada masa yang telah ditetapkan. Manalah tahu, barang yang dalam parcel itu urgent kan? Jadi, beringat-ingatlah. Marah memanglah marah, tapi tak sampai hatilah sampai nak memaki dekat page facebook tu. Macam memalukan diri sendiri pun ada juga.

Apa-apapun Azwar happy gila, dapat shopping handbag dekat Zalora.com. Dapatlah, bergaya di hari raya nanti!

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon MP3 Clips


JavaScript Free Code